Baik Pulih & Servis

Ada Apa Dengan 5G?

Fifth generation of cellular mobile communications

Seperti yang kita tahu, iPhone 12 yang dikeluarkan baru-baru ini merangkumi rangkaian internet 5G (“fifth generation”), rangkaian internet yang terbaru dan terpantas setakat hari ini.

Ada apa dengan 5G?

1. Fail boleh dimuat turun dengan lebih laju menggunakan rangkaian 5G. Fail movie berdurasi 2 jam yang bersaiz 4.7GB boleh dimuat turun dalam masa 6 minit dengan rangkaian 4G. Anda rasa kelajuan ini sudah mencukupi? Fikir semula. Dengan 5G, kita boleh memuat turun fail yang sama dalam masa 4 saat sahaja.

2. Video beresolusi 4K akan dinaik taraf kepada 8K. Mata penonton akan lebih bersinar-bersinar apabila menonton K-Drama dengan resolusi dan pixels yang jauh lebih tinggi daripada sekarang. Kelajuan rangkaian 5G juga akan memastikan kita dapat menonton movie atau video Youtube dengan resolusi empat kali ganda dengan lebih terang dan jelas.

3. Peminat tegar online games hanya perlu menggunakan telefon pintar sahaja untuk bermain online games tanpa lagging dengan rangkaian 5G. Online game yang bersaiz besar pon tiada masalah untuk dimuat turun dengan cepat.

Apa yang boleh kita pelajari dari rangkaian 5G ini adalah kita akan memerlukan gajet atau telefon pintar yang mempunyai ruang simpanan yang jauh lebih besar daripada sekarang. Haha!

Ramai pengguna yang mungkin belum merasakan keperluan memiliki gajet yang mampu menampung rangkaian 5G buat masa sekarang disebabkan harganya yang lebih mahal dan rangkaian ini juga masih lagi tidak available di semua tempat. Yang penting, dunia online sentiasa berubah dengan sangat cepat dan kita sebagai pengguna perlu sentiasa bersedia, terutama sekali dari aspek ekonomi. Semakin pesat naik taraf yang berlaku, semakin tinggi kos yang perlu ditanggung pengguna.

So be aware and be ready.

“Rosak Dah Lama, Repair Kejap Je”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Ada pertanyaan?
Hi! 👋 apa yang boleh kami bantu?