
LiDAR atau dikenali sebagai “Light Detection and Ranging” merupakan fungsi yang baru pada sebuah peranti bernama iPhone. Proses LiDAR Scanner ini sama seperti teknologi Face ID, tetapi dalam jangkauan yang lebih luas. Pada iPhone 12 Pro/Pro Max, kamera belakang yang dilengkapi LiDAR boleh melepasi hingga jarak 5 meter.


Apple menggunakan LiDAR bukan hanya untuk pengukur jarak untuk mengunci fokus kamera saja, melainkan juga untuk keperluan feature Augmented Reality (AR).
Dengan menggunakan LiDAR, ia lebih cepat mengenali objek-objek di sekitar, sehingga aplikasi yang menggunakan AR boleh menyatukan bentuk digital ke dalam lingkungan nyata secara lebih tepat.
LiDAR ini bukan lah baru, cuma ia menjadi sesuatu yang baru pada sesebuah peranti pintar. Tidak dinafikan juga, LiDAR membantu dalam meningkatkan kualiti gambar pada waktu malam (night mode).

Kebanyakan mereka yang menggunakan iPhone 12 Pro / Pro Max menganggap LiDAR Scanner hanya sekadar kosmetik dan membeli model ini bukan kerana LiDAR. Tetapi ada juga yang menggunakan fungsi LiDAR ini untuk kegunaan harian. Maka menggunakan fungsi ini adalah sesuatu yang baru dan boleh anda pelajari.
Rosak Dah Lama, Repair Kejap Je
2 thoughts on “Kenali Fungsi “LiDAR Scanner” Pada iPhone 12 Pro / Pro Max”
Kenapa pro max saya masok i sampai mati terus fon
Hi Nadira, maybe air sudah terkena dibahagian board dan buat jadi short circuit, kalau phone mati, sebaiknya buat servis chemical cleaning ya!