Baik Pulih & Servis

Ooppss iPhone Masuk Air.. Nak Buat Apa Ni ??

 Kebanyakkan pengguna peranti Apple tidak tahu tentang sifat peranti mereka dimana pihak Apple mempromosikan iPhone sebagai peranti “Waterproof . Tetapi ada pihak mengatakan yang peranti iPhone hanyalah “Water Resistant” sahaja. Jadi amat penting untuk anda semua memahami perbezaan untuk kedua-dua frasa ini.

Water Resistant : Tahan percikan air dan ditempat tertentu sahaja

Waterproof : Boleh masuk air dan ada kedalaman yg tertentu sahaja

Pernahkan anda ternampak kod IP67 / IP68 ? IP itu adalah singkatan bagi “ingress protection”.  Untuk angka yang pertama selepas perkataan itu adalah skala (1-7) bagi kalis habuk manakala angka kedua (1-9) merupakan skala untuk kalis air.  

IP67 bermaksud phone tersebut boleh mencecah kedalaman 1 meter dalam air selama 30 minit. Walau bagaimana pun, iPhone adalah peranti yang diberi rating IP67 untuk kalis air dan IP68 (bagi iphone XS dan XS Max sehingga yang terbaru) mempunyai ketahanan yang unggul terhadap habuk dan air. Tetapi adakah ia benar mengikut spesifikasi ?

Keupayaan peranti untuk kalis air akan berkurang dari semasa ke semasa sekiranya peranti kerap dimasuki air. Ini kerana lama-kelamaan, salutan yang menyalut komponen-komponen yang fungsinya untuk kalis air itu akan haus disebabkan oleh berlakunya evaporasi.

Water Resistant Adhesive Tape

Tahukah anda bahawa setiap peranti terdapat indikator iaitu “Liquid Contact Indicator (LDI)” yang akan berubah warna jika peranti dimasuki air. Indikator ini yang asalnya berwarna putih dan akan berubah ke warna merah jika peranti anda terkena air.

Indikator ini boleh dilihat di tempat simcard anda dengan mengeluarkan “simtray”

Kebanyakkan handphone yang masuk ke dalam air (Water Damage) sebenarnya masih boleh diselamatkan jika anda mengambil langkah yang betul daripada awal. Antaranya :-

  • Jangan panik dan terus angkat iphone. Betul, jangan panik. Bawa bertenang. Setiap perkara ada jalan penyelesaian dia kan? Terutamanya bila iPhone masuk air, terus angkat iPhone dari air.
  • Pastikan peranti telah dimatikan / tidak aktif (ON). Jika peranti yg telah terjatuh / dimasuki air itu masih dlm keadaan hidup, cepat2 matikan dahulu supaya kerosakan pada motherboard dpt dielakkan dan cost repair pun kurang
  • Jika terkena air kotor seperti lumpur, bersihkan peranti dahulu. Caranya adalah dgn membilas peranti dengan air yang bersih dan bilasnya dengan berhati-hati agar tidak masuk air yang banyak. Anda harus lakukan dengan berhati-hati dan jangan sampai semakin banyak masuknya air.
  •  Keringkan kawasan luaran peranti dengan kain lembut atau kertas tisu
  • Elakkan daripada menggunakan pengering rambut atau menjemur peranti anda dibawah matahari kerana ini akan menjadikan peranti anda terlalu panas dan boleh memberi kesan kepada komponen elektronik yang berada didalam peranti anda .
  • Anda boleh terus ke iospital / kedai yg berpengalaman mengendalikan kes peranti water damage untuk proses “Ultrasonic Cleaning” Penggunaan alkohol dalam proses “ultrasonic cleaning” berfungsi untuk mencuci segala kotoran dan karat yang terdapat di motherboard.
 Proses “ultrasonic cleaning” ini menghasilkan tahap kebersihan yang sangat tinggi untuk motherboard peranti yg karat/kotor yang terkena air

Sekiranya anda mengalami masalah peranti masuk air atau rosak, anda boleh sahaja terus ke iospital Device Repair Centre kami yg terletak di Prima Sri Gombak.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini, dapat membantu anda semua sekiranya berlaku perkara yang tidak ingini pada peranti kesayangan anda.

“Rosak Dah Lama, Repair Kejap Je”

23 thoughts on “Ooppss iPhone Masuk Air.. Nak Buat Apa Ni ??”

  1. JIKA IPHONE XS MAX 2 BULAN LEPAS MASUK AIR TERUS BLANK TAPI STILL BOLEH ON AND BOLEH ORG CALL .ADAKAH STILL DAPAT DI REPAIR

    1. jika phone masih boleh digunakan, maksudnya tiada apa2 major problem di motherboard walaupun masuk air, tapi sebaiknya, cari kedai yang menyediakan proses chemical cleaning untuk cuci keseluruhan parts dalam phone supaya tak berlaku short circuit & boleh mematikan phone. 🙂

      1. Iphone X saya tertumpah air lepastu saya tak offkan sebab tak sedar fone dalam bag ada air, pastu fone terus blank, boleh repair lagi ke macam tu?

        1. Hi salam Alia, thanks for reaching us out!

          Masih boleh repair, cuma kena buat Chemical Cleaning dahulu, RM70 sahaja, 1-2 hari. boleh whatsapp team iospital >> iospital.com/whatsapp

          1. kalau ip 7 plus masuk air yg masih bole buka pada awalnya tetapi sudah ter charge gara ii ngak tau tidak bole charge jika baru lepas masuk air
            sekarang sudah tk bisa hidup
            bole baiki lagi?

          2. Hai. Screen iPhone sy basah terkena air wet tisu kat dalam beg. Ip masih boleh on tapi ada tompokan air dalam screen. Macam mana cara nak keringkan ya? Kalau sy on akan tambahkan LG kerosakan ka?

          3. assalamualaikum tuan , tempoh utk buat Chemical Cleaning tu mmg makan masa 1-2 hari ke ? atau boleh dibuat secepat mungkin ( onthesport )

  2. kalau iphone mssk air then screen jadi kelip2 keluar lambang iphone tu boleh repair lagi ke? tak boleh nak off phone

  3. kalau iphone msuk air then screen jadi kelip2 keluar lambang iphone tu boleh repair lagi ke? tak boleh nak off phone

  4. iPhone 8+ saya termasuk dalam air, lepastu saya balik tengok hp okay lagi nothing damage but then tomorrow suddenly iPhone saya jadi blank… What should I do? 😭😭

  5. Hai iphone xs saya masuk air lepas masuk air saya biarkan dekat kipas 6 jam dan lepastu saya check okay saya chas phone lepas chas nak bukak lock screen bahagian no 0 tak boleh tekan. Apa rosak ya?

  6. Salam, nak bertanya, iphone 12 pro saya masuk air, selepas itu batery below 10%, nak caj iphone tetapi dapat notification risk will damage lebih kurang macam itu, now iphone saya dah empty batery, so apa yang perlu saya buat?

  7. saya mandi kolam lepastu kan saya punya iphone xs masuk pool tu hm lepastu saya gelabah yela saya ni bodo bodo je lepastu saya ambilphone tu dengan cara ceni saya seret phone saya tu ke tempat cetek sebab air dalam saya tak dapat nak capai lepastu saya angkatla phone tu lagi bodonya saya ni saya hidupkan phone tu hm lepastu hidupla cam biasa tiba ii lama ii sikit screen jadi hijau lepastu saya takut saya gi charge pula lepastu saya rasa panas saya jemur kat matahari macam dalam 7-8 min centu pastu panasla kan lepastu saya takle nak hidupkan sampai sekarang hm saya sedihla sebab banyak gb dalam fon tu lepastu saya nak guna lagi banyak kenangan hm macamana nii TT

    1. and saya harap sangat ii dapat repair balik and hidup semula macam biasa hm rumah saya dekat je ni dengan prima sri gombak and kalau boleh repair supaya boleh hidup cam biasa, saya nak tau price sekali dengan saya nak tukar battery baru dengan screen baru ,, thank you 🙂

  8. Kalau iphone 12pro masuk dalam lubang tandas, still function macam biasa, adakah masih perlu buat chemical cleaning?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Ada pertanyaan?
Hi! 👋 apa yang boleh kami bantu?