Tentang Kami
Iospital merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang bertempat di Gombak dan Kota Damansara yang menawarkan servis baik pulih dan repair idevice seperti iPhone, iPad, dan Macbook serta telefon yang menggunakan OS (operation system) Android seperti Samsung, Oppo, Huawei dan sebagainya. Tambahan dari itu, kami juga memberi perhidmatan baikpulih bagi tablet computer (iPad dan tab) dan juga komputer riba (laptop). Kami cakna bahawa alat komunikasi seperti telefon bimbit merupakan keperluan bagi setiap orang, jika terjadinya masalah pada idevice tersebut, ianya harus kembali berfungsi kepada keadaan asal dengan segera.
Oleh itu, di IOSPITAL kami percaya bahawa kecepatan proses baikpulih serta alat ganti yang berkualiti tinggi adalah resepi utama untuk menarik minat pelanggan menggunakan khidmat kami. Konsep ‘face to face’ dan ‘on the spot repair’ telah di amalkan sejak penubuhan IOSPITAL sehingga kini. Pelanggan tidak perlu menunggu lama dan proses baik pulih dilakukan dengan segera.
Selain itu , kami juga menyediakan servis baikpulih motherboard telefon yang memerlukan lebih ketelitian, equipment serta skill yang lebih tinggi, dan proses baikpulih motherboard kebiasaannya mengambil masa dari 2 – 7 hari bergantung kepada turutan, tahap kesukaran dan ketersediaan alat ganti.

Iospital sangat berbangga diberi peluang membantu pelanggan dalam bidang servis dengan lebih mendalam lagi bagi mencapai misi menjadi pakar membaik pulih telefon pintar, tablet dan komputer riba di seluruh Malaysia. Sehingga kini, lebih dari 6,000 pelanggan sudah menerima servis baikpulih di Iospital. Jika anda tidak pasti masalah sebenar telefon pintar anda, jangan risau. Juruteknik Iospital akan mendiagnosis masalah tersebut secara percuma untuk anda!