Baik Pulih & Servis

Tips Penjagaan Battery Yang Harus Anda Tahu

Masalah bateri sering menjadi isu utama yang terdapat pada peranti bernama “iPhone”. Tapi tahukah anda, dengan penjagaan bateri yang betul, anda dapat mengurangkan risiko masalah bateri pada peranti anda.

Sebelum tu, perkara penting yang anda perlu tahu adalah bateri lithium-ion digunakan pada semua model iPhone yang mana bertahan sekitar 500 kali kitaran cas penuh (pengecasan 0%-100% bersamaan 1 kali kitaran cas) 

Selain iPhone, ni juga antara kitaran bagi beberapa produk Apple yang lain (pengecasan 0%-100% bersamaan 1 kali kitaran cas) 

iPod – 400 kali kitaran cas

iPad – 1,000 kali kitaran cas

Macbook – 1,000 kali kitaran cas

Apple Watch – 1,000 kali kitaran cas

Tips Penjagaan Battery yang harus anda tahu

  • Elakkan “OVERCHARGED” especially pada waktu malam semasa tidur. Sbb masa ni lah boleh menyebabkan bateri tu overcharged dan boleh terjadinya bateri kembung dan boleh jd lebih teruk ia akan meletup.
  • Elakkan charge dalam kereta. Ini kerana keadaan voltage dlm kereta tak stabil mengikut kelajuan kereta. Jadi bateri akan rosak kerana menerima arus voltan yg tidak stabil.
  • Elakkan main phone sambil charge. Haa ni tipu lah kalau takde org buat kan ? Ini akan menyebabkan iPhone anda panas serta boleh merosakkan motherboard and charging port korang bila banyak bateri in and out. Jadinya, ibarat bateri tak sempat masuk dah kena keluar..
  • Next, Elakkan charge phone dalam suhu persekitaran yg melebihi 35 darjah celcius kerana apabila suhu luar terlalu panas, ia boleh memberi kesan terhadap bateri yg anda tengah charge
  • Elakkan mengguna powerbank dengan kerap. Anda boleh guna hanya dalam masa kecemasan sahaja
  • Kurangkan penggunaan iphone untuk “Heavy usage”. Contoh macam online/rakaman video/game/video berdurasi panjang. Kerana aplikasi seperti ini paling banyak guna bateri anda dan disebabkan itu anda rasa bateri macam cepat habis
  • Digalakkan mengguna “airplane mode” ketika charge. Jadi bateri peranti anda akan cepat naik tanpa ada gangguan dan cepatlah lah ia penuh
  • Elakkan guna USB cable selain cable & adapter yang ORIGINAL

Anda juga boleh semak tahap kesihatan bateri anda di dalam tetapan (Settings). Masuk ke dalam Settings – Battery – Battery Health (untuk iOS 12 ke atas dan iPhone 6 keatas). Jika ia menunjukkan kesihatan bateri pada tahap 79% dan ke bawah, anda dinasihatkan untuk membuat penukaran bateri dengan kadar segera.

Anda juga digalakkan untuk melihat bahagian Peak Performance Capability.

Sekiranya ia memaparkan Your battery is currently supporting normal peak performance, bermakna iPhone anda tidak mengalami apa-apa masalah buat masa sekarang
Namun, jika di iPhone anda menunjukkan seperti dalam gambar di atas, bermakna bateri sudah “tidak sihat” dan digalakkan untuk menukar bateri. Ini kerana lama kelamaan, ia akan memberi kesan kepada prestasi iPhone anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Ada pertanyaan?
Hi! 👋 apa yang boleh kami bantu?