Baik Pulih & Servis

Tips “Set Up” iPhone Untuk “First Time User”

Peranti bernama iPhone pada saat ini telah menjadi sebuah smartphone yang sangat digemari dalam khalayak ramai dengan alasan mereka tersendiri. Majoriti yang meminati iPhone adalah kerana bentuknya yang cantik , mudah digunakan dengan sistem operasi yang mereka guna iaitu sistem “iOS”. Tetapi ada juga yang meminati iPhone kerana harganya yang agak tinggi serta pengaruh dari rakan2 untuk kelihatan lebih “up to date”.

Bagi pengguna yang biasa dgn peranti iPhone, semestinya mereka telah pakar dengan fungsi-fungsi yg terdapat pada iPhone. Tetapi untuk newbie pastinya mereka belum mengetahui sedikit sebanyak fungsi yang terdapat pada iPhone. Jadi disini saya kongsikan tips mudah untuk mereka yang newbie / first time user peranti iPhone antaranya :-

  • Kenalpasti Fungsi Tombol (Button) Pada iPhone
  • Membuat Apple ID

Apple ID adalah sangat penting untuk peranti jenama Apple seperti iPhone / iPad / Macbook / iMac. Ini kerana Apple ID merupakan akaun yang dapat di gunakan untuk mengakses semua layanan apple, iaitu memuat turun musik, video ataupun aplikasi di App Store.

Anda juga boleh mendaftar Apple ID pada tetapan (setting) peranti anda.

Selain cara di atas, anda juga boleh membuat Apple ID menggunakan aplikasi App Store yang ada di iPhone anda.

Caranya :-

  1. Buka aplikasi App Store
  2. Pilih salah satu aplikasi percuma (cth : whatsapp / instagram / facebook)
  3. Klik “Get” dan muat turun (download)
  4. Anda akan diminta untuk memasuki Apple ID / Cipta Apple ID Baru (Create New Apple ID)
  • Screenshot
iPhone 6 – iPhone 8 plus / iPhone SE2
iPhone X – iPhone 12 Pro Max
 Menggunakan Assistive Touch
  • Set “Safety Features”

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk menemui kembali peranti yang hilang. Untuk iPhone dan iPad, aplikasi yang ditawarkan secara rasmi daripada Apple adalah Find My iPhone (turut dikenali dengan nama Find My iPad, Find My iPod, dan Find My Mac).

Setting > iCloud > Daftar masuk akaun AppleID, dan akhirnya pada bahagian bawah halaman berkenaan, tetapkan “On” pada Find My iPhone.

Melalui peranti iOS lain – Buka aplikasi Find My iPhone, dan daftar masuk menggunakan akaun Apple ID anda.

Pada skrin yang sama juga, pengguna boleh ketahui akan lokasi peranti mereka, serta menetapkan sama ada ingin mengeluarkan bunyi, ingin mengunci peranti ataupun memadam data didalamnya.

  • iCloud
iCloud disediakan dengan 5GB storage percuma dan anda boleh menambah lebih banyak storage pada bila‑bila masa.

iCloud menyimpan kandungan anda dengan selamat dan memastikan app dikemas kini merentas semua peranti anda. Ini bermakna semua maklumat anda, foto, fail, nota dan banyak lag telah tersedia di mana‑mana sahaja anda berada.

  • Muat turun aplikasi di App Store
Anda boleh menggunak aplikasi App Store untuk memuat turun aplikasi yang anda ingin.
Setelah itu, anda akan diminta memasuki Apple ID dan ada boleh pilih sama ada Apple ID diperlukan / tidak sebelum memuat turun aplikasi

Jadi ini antara Tips mudah dan Basic ya. Semoga dapat membantu untuk mereka yang terutama “First Time User / Newbie” untuk peranti bernama iPhone. Sekiranya anda perlukan pertolongan, boleh hubungi team iospital 🙂

Terima Kasih 🙂

Waktu Operasi :
Isnin – Ahad : 11pagi – 8mlm
Jumaat : 2.30ptg – 8mlm

Whatsapp : www.wasap.my/6011-1891 3994
Our address : Waze Iospital ( https://waze.com/ul/hw28665y32 )
83-1, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves Selangor.

“Rosak Dah Lama, Repair Kejap Je”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Ada pertanyaan?
Hi! 👋 apa yang boleh kami bantu?