Baik Pulih & Servis

Adakah Kemaskini (Update) iOS guna Wi-Fi Selamat ?

Kemaskini iOS sering menjadi topik hangat untuk pengguna Apple Device di luar sana. Tambahan pula apabila pihak Apple melancarkan iOS (Operating System) baru pada setiap tahun. Semestinya anda juga tidak mahu ketinggalan tentang kemaskini iOS yg terkini.

Tetapi, tahukah anda tentang isu keselamatan semasa anda mengemaskini iOS ke dalam peranti anda ? Adakah Kemaskini iOS menggunakan Wi-Fi itu selamat ?

Mengemaskini iOS adalah untuk memastikan iOS peranti anda sentiasa selamat, mempunyai fungsi/ciri baharu serta memastikan kestabilan pada iOS peranti anda.

Berdasarkan pengalaman iospital sendiri, kami menerima banyak aduan tentang terdapat masalah/bugs pada peranti selepas mengemaskini iOS menggunakan Wi-Fi. Hal ini terjadi kerana, apabila signal Wi-Fi yg tidak kuat, akan mengganggu proses kemasukan software baru ke dalam peranti anda dan meninggalkan bugs/cache di dalam file software yg telah dimuat turun.

Masalah yg kerap jadi selepas kemaskini iOS menggunakan Wi-Fi, antaranya adalah peranti jadi hang/lag, stuck apple logo, battery cepat drain, touch id tak berfungsi, no service/searching dan lain-lain.

Namun, anda bernasib baik sekiranya anda telah mengemaskini iOS menggunakan Wi-Fi dan peranti anda tidak ada sebarang masalah. Tetapi sekiranya peranti anda ada masalah, anda digalakkan mengemaskini semula mengguna iTunes bagi mengesahkan bahawa isu tersebut bukan berkait dengan iOS.

Selain itu, anda juga perlu membezakan masalah iOS dengan aplikasi ketiga. Sekiranya terdapat masalah untuk buka aplikasi pada peranti anda, contohnya seperti aplikasi ketiga seperti Maybank2u, Facebook, Instagram dan lain-lain, anda perlu menunggu pihak ketiga mengemaskini aplikasi tersebut supaya sepadan dengan iOS terkini.

Mengemaskini iOS hakikatnya mempunyai pro dan kon. Namun, semua terpulang pada diri anda untuk menerimanya. Dan saya amat menggalakkan anda mengemaskini iOS peranti anda dengan menggunakan iTunes.

1 thought on “Adakah Kemaskini (Update) iOS guna Wi-Fi Selamat ?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Ada pertanyaan?
Hi! 👋 apa yang boleh kami bantu?